Soalan Lazim


Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.
Soalan 2: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Tidak. Ini bertujuan supaya ahli tidak melakukan kesilapan double transaction. Jika ingin reload 2x untuk number yang sama dalam masa 24 jam; kami sediakan format mesej yang lain kepada anda.
Soalan 3: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkan ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku,pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.
Soalan 4: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup. Modal tersebut akan terus berada dalam ID anda.
Soalan 5: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan 6: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 30 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.
Soalan 7: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menjadi agent topup?
Boleh. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga.Tetapi kadar sms 10sen bagi no postpaid kerana setiap kali anda menjual topup,anda perlus sms ke server.Jika no prepaid anda boleh aktifkan 8pax no server dan kadar sms menjadi 1 sen.Bagi pengguna postpaid anda boleh menjual topup melalui laman web kerana jualan topup melalui web adalah percuma.
Soalan 8: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap tahun?
Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila. 
Soalan 9: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 2 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda hantar. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa, jumlah dan nama yang betul. Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila hubungi admin(014-5080905)
Soalan 10: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai topup  ini?
Boleh. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.
Soalan 11: Saya melakukan tambah modal selepas jam 8pm. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda telahpun bank-in/transfer wang ke akaun tambah modal (admin), sila hantar Format SMS bukti tambah modal pada keesokan hari selepas jam 9 pagi. Modal anda hanya akan diproses pada waktu 08:00 pagi – 09:00 malam.Sekiranya anda bank in ke akaun ADMIN; tambah modal boleh dilakukan bila-bila masa termasuk cuti Umum. Ini bertujuan untuk memudahkan anda.
Soalan 12: Adakah sistem topup ini dipercayai?
Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM5 dan anda bayar RM5. Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM5 tapi hanya perlu bayar RM4.80. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda disamping anda boleh mencari agen lain dan mendapatkan keuntungan yuran daripada mereka. 
Soalan 13: Pelanggan tidak menerima Topup ?
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat.


Soalan 14: Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?
Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
  • · Prepaid Handphone anda habis.
  • · Modal credit anda habis.
  • · Pin anda sedang diblock
  • · Pin anda salah.
  • · Kod produk salah.
  • · No. Tujuan tidak benar.
  • · Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
  • · Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
  • · Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.
Soalan 15: Adakah sesiapa sahaja layak menyertai program ini?
Kami akan temuduga anda dan melihat kelayakan anda untuk menyertai akaun server ini kerana akaun ini dibuka kepada mereka yang Terpilih sahaja. Walaubagaimanapun, kami menyediakan pelbagai pelan atau akaun lain untuk memudahkan anda. Terima Kasih.
Soalan 16: Bagaimana proses pendaftaran? Saya Kurang faham…
Mudah sahaja. Selepas kami memaklumkan anda layak menyertai program ini, anda hanya perlu bank in yuran pendaftaran berserta modal . Sms kepada kami dan akaun anda akan aktif dalam masa 24 jam.

No comments:

Post a Comment