SYARAT & PERATURAN
Sila baca dan fahami syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
Syarat dan peraturan yang perlu anda fahami dan patuhi adalah:
- Saya setuju bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab jika saya mengalami kerugian dalam perniagaan topup ini.
- Anda mestilah seorang yang telah disahkan layak oleh ADMIN sebelum anda mendaftar. Setelah mendaftar, anda telah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kami.
- Ahli yang berpangkat AGEN mestilah aktif. Aktif diukur daripada transaksi jualan anda yang mesti berlaku pada setiap hari. Tambah modal yang berterusan dan komputer kami akan memberikan signal sekiranya anda tidak aktif dan tidak ada penambahan modal.
- Tambah modal mesti dilakukan dan jumlah minimum penambahan modal adalah RM100 dan ke atas.
- Tambah modal yang kurang daripada RM100 tidak akan dilayan sehingga anda menambah modal kembali yang melebihi RM100 dan ke atas.
- Ahli yang berpangkat DEALER juga mesti aktif. Aktif sebagai DEALER bermaksud mampu mencari dan mendaftarkan AGEN seramai mungkin. Dealer tidak wajib untuk membuat jualan topup jika telah mempunyai AGEN-AGEN yang aktif tetapi digalakkan.
- Bagi seorang AGEN yang mendaftar terus dengan ADMIN boleh terus menjalankan urusniaga atau jualan topup. Anda hendaklah mempunyai transaksi jualan pada setiap hari atau jualan yang melebihi RM500 sebulan.
- Bagi DEALER, anda diberi tempoh selama 2 bulan setelah mendaftar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 30 orang AGEN. 10 daripada AGEN yang anda cari mestilah bertaraf AKTIF. AKTIF yang dimaksudkan adalah AGEN tersebut membuat jualan topup sekurang-kurangnya RM1000 sebulan. Jika jualan bulanan 10 AGEN tersebut bawah RM1000; % keuntungan DEALER akan dikurangkan dan dinaikkan semula setelah maintain jualan.
- AGEN atau DEALER boleh menaja atau mencari sesiapa sahaja untuk menjadi DEALER dan keterlibatan mereka juga tertakluk kepada kelayakan.
- Anda perlu mempunyai email yahoo atau mengaktifkan YM serta add “maududireload” ke dalam YM anda dan mempunyai email yang aktif. Semua maklumat atau tutorial kepada ahli untuk program ini disalurkan melalui email anda. Sila sentiasa lihat dan perhatikan INFO terkini dalam web ini.
- DEALER hendaklah mengawal tambah modal AGEN yakni agen akan tambah modal melalui DEALER masing-masing. Sekiranya mendaftar terus dengan kami, boleh terus kepada kami. DEALER yang inginkan AGEN mereka tambah modal terus kepada kami (tidak mahu kawal tambah modal agen) boleh meminta AGEN mereka tambah modal terus kepada kami tetapi kami mengenakan Maintenance bulanan sebanyak RM5 kepada Dealer tersebut.
- AGEN dan DEALER mesti mengikuti format SMS yang ditetapkan sewaktu tambah modal. SMS yang tidak ikut format akan melambatkan tambah modal anda atau tambah modal tidak masuk. Pastikan tambah modal dan SMS pada hari yang sama.
- Semua maklumat yang disalurkan kepada DEALER mesti sampai kepada AGEN masing-masing. Pihak kami berhak mengenakan penalti atau mengambil tindakan kepada DEALER yang tidak bertanggungjawab.
Macam-macam term and condition.. senang lagi guna futureeload.. x banyak sgt term...
ReplyDeletedah la kena cas daftar lah maintanance lah... dari situ kot boleh bagi margin tinggi kat agen
Delete